Salam Sejahtera,
Tahniah! Anda telah membuat satu pilihan yang tepat.
BankSoalanSPM.com menyediakan banyak soalan & skema jawapan SPM untuk dijadikan sebagai bahan rujukan penting kepada guru-guru, ibubapa dan terutama para pelajar yang akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Ia juga merupakan persediaan awal kepada pelajar Tingkatan 3, 4 & 5.
Sehingga kini BankSoalanSPM.com telah menyediakan 479 set soalan & 503 set skema jawapan SPM dari pelbagai negeri-negeri di Malaysia. Sebuah laman web yang mengandungi koleksi terbesar di Malaysia yang seumpamanya.
Kami di BankSoalanSPM.com sentiasa berusaha meningkatkan kualiti & kuantiti set soalan & skema jawapan SPM dari masa ke masa bagi memberi seberapa banyak pendedahan kepada pelajar berhubung dengan gaya soalan SPM sebenar. Semua koleksi soalan tersebut dapat dimuat turun secara PERCUMA.
APA KATA RAKAN-RAKAN ANDA?
naaazzz , May 18, 2010
soaln yang diberikan agak mencabar minda saya!!!
faizuddin , May 18, 2010
sy berpuas hati dengn soaln dri bank soalan ini kerana ia bnyk membantu sy dlm pembeljrn sy. . :p
mohd shukur , May 16, 2010
terima kasih kepada bank soalan kerana telah memudahkn saya membuat rujukan soalan untuk peperiksaan saya
eyka safieyka, May 16, 2010
Congratulations! You\'ve done a great job! It\'s really helping.
Rosnita bt Mohd Rasol, May 13, 2010
Congratulations! You\'ve done a great job! It\'s really helping.
nuramirah,May 12, 2010
saya suke lman ini.die membri saya bnyak mklumat tntng soalan2 dan mmbri info yg ckup hebt..saya sgt mnyukainya
Fenieda Edward, May 10, 2010
Laman web ini amat berguna dalam pembelajaran saya
Joney Lajingi, May 10, 2010
ok. baik bangat
Syarifah noorul hatijah bt wan alkap ,May 9, 2010
terima kasih kerana laman ini bnyak m\'bntu saya m\'cari soalan.
Uma Devi,May 8, 2010.
Terima kasih kerana membantu kami
Izzuddin, May 6, 2010
Saya amat menghargai semua usaha2 banksoalanspm ini kerana sangat membantu saya sehingga saya dapat memasuki menara gading. Terima kasih banyak2 =D
Sebarang maklum balas, sila isi ruangan berikut & hantarkan kepada kami;
support@banksoalanspm.com
Dikemaskini pada: 16 Mei l 2010
Pemberitahuan!
Kerja-kerja menaik taraf laman ini masih sedang dijalankan. Anda mungkin berhadapan dengan sebilangan link soalan & skema yang masih tidak aktif. Kami sedang berusaha memastikan kerja-kerja ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera. Harap maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.
Terima kasih.
|
PELUANG MENJANA PENDAPATAN DI SAMPING BERBAKTI
Hantarkan kepada kami soalan & skema jawapan SPM. Pembayaran akan kami lakukan terus ke akaun Maybank anda dalam tempoh 3 hari*
*Terma dan syarat:
Kami akan membayar RM0.20 kepada anda bagi setiap helaian soalan atau pun skema yang berjaya disenaraikan di laman ini.
Hanya soalan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 serta soalan percubaan SPM sahaja yang di terima.
Soalan & skema yang hendak dihantar mestilah berbeza dengan yang terdapat di laman ini.
Anda tidak dibenarkan menghantar soalan sebenar SPM atau mana-mana soalan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Setiap soalan yang dihantar mestilah mempunyai skema jawapan. Skema tersebut mestilah disediakan oleh pihak guru, PPD atau JPN.
Anda tidak dibenarkan menghantar soalan-soalan yang diambil dari buku-buku yang telah diterbitkan oleh syarikat percetakan.
Hanya soalan & skema SPM dari tahun 2007 sehingga kini sahaja yang akan diterima.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa bahan yang melanggar Akta Hak Cipta. Kami sebolehnya akan menapis soalan-soalan dan skema tersebut bagi mematuhi peraturan berkenaan.
Sila scan semua bahagian termasuk muka depan soalan atau skema jawapan.
Hanya format pdf atau words sahaja yang dibenarkan. Anda dilarang menggunakan sebarang sekatan atau password pada fail berkenaan.
Kongsikan pengalaman anda di laman ini bersama rakan-rakan. Joom Heboh!!
Ruangan iklan
KOLEKSI KERTAS KERJA PERNIAGAAN & PINJAMAN
Koleksi Kertas Kerja Perniagaan atau Rancangan Perniagaan ini disediakan PERCUMA untuk anda bagi memulakan perniagaan atau mendapatkan pinjaman bank, TEKUN, MARA, PNB, PUNB, SMIDEC..
www.koleksikertaskerja.com
|
|